Copyright © Aku yang Polkadot
Design by Dzignine
18 March 2012

Tidur ooo tidur

T.I.D.U.R. 


Ramai orang suka tidur tapi adakah mereka tidur untuk kesihatan?..Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, manusia kena tidur 8 jam sehari...sampai sekarang pun aku amalkan. tapi bukan atas kesihatan.hohoho. 


Tadi aku ada tengok satu dokumentari kat TV1 pasal TIDUR. Da tengok tu, bru la aku tahu betapa pentingnya tidur itu. da habis tengok tengok mendalah tu, aku pun terus search kat internet pasal THE IMPORTANCE OF SLEEP..berderu-deru artikel yang keluar pasal topik ni...aku tau korang tak nak baca post yang panjang-panjang (aku pun sama), so, may i present to u, the importance of sleep.. 


1. Tidur baik untuk pembelajaran dan ingatan. Dengan bantuan Encik Tidur, maklumat yang baru diterima oleh Miss Brain akan dapat 'diproses' menjadi ingatan melalui proses Memory Consolidation. Students akan dapat perform better jika dia tidur selepas dia belajar. 


2. Kurang tidur = OBESITI. Penyakit Kurang Tidur yang melampau dapat menyumbang kepada penambahan berat badan. macam mana bleh obes kalo kurang tidur??? Pelik kan...bila kita kurang tidur (tahap melampau ye), ia boleh menjejaskan cara badan kita untuk proses dan simpan karbohidrat yg kita ngap. selain drpd tu, ia juga boleh alter kita punya hormon yang ada sangkut paut dengan SELERA..jawabnya, makin banyak la kita makan.. 


3. Point ni paling penting!!kekurangan tidur boleh menjejaskan keselamatan kita...Satu kajian telah dijalankan di UK pada tahun 2001 dan hasilnya, 20% drpd kemalangan serius yang berlaku di motorways dan monotomous road adalah disebabkan oleh driver fatigue (tertidur la tu..)..satu peratusan yang agak besar~~~


4. Moody. bila tidur tak cukup, kita start la nampak apa yang tak patut kita nampak, xberapa nak sabar dan hilang fokus (ni lah yang jadi kalo semalaman xtidur bila dk kecoh-kecoh siapkan assigment..hehehe). 


5. Penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular juga berkait rapat dengan masalah Sleep Deprivation. BAHAYA tu...Masalah tidur yang serius mempunyai hubungan yang rapat or 'BFF' dengan tekanan darah tinggi, peningkatan dalam stress hormone dan juga denyutan jantung yang tidak sekata. 


6. ia juga boleh menyebabkan perubahan di dalam sistem imun yang mana ia boleh menjejaskan aktiviti killer cell kita dalam melawan benda asing yg menceroboh badan kita.. jangan terkejut tapi dengan tidur yang cukup, ia dapat melawan kancer...hebatkan TIDUR itu....so pakat2 la kita tidur!!!


ps : point-point diatas tu, aku just translate dr apa yang aku baca. artikel ni aku ambik dr harvard medical school yg bertajuk Importance of Sleep : Six reasons not to scrimp on sleep.

0 comments:

Post a Comment