Copyright © Aku yang Polkadot
Design by Dzignine
22 March 2012

WAKE UP SID

malam tadi aku tengok cerita ni kat TV 2. Wake up Sid..ceritanya pasal Sid yang hidup dengan senang lenang dan mempunyai kerja iaitu meghabiskan wang ayahnya. tapi, hidupnya mula berubah bila dia jumpa heroin, Aisha..cam biasa la kan..


aku ni bukanlah kipas susah mati crita Bollywood tapi ada certain-certain cerita yg aku tertengok n then terus tengok sampai habis... aku tertengok cerita ni adalah disebabkan oleh kerana heronya..agak jambu n comey..hehehehe
bila da tgk cerita ni sampai habis, baru aku perasan yg cerita ni x setipikal filem bollywood yang lain.. cerita ni xde adegan tari menari yang mana hero n heroinnya kena tukar baju sampai 5, 6 pasang.. ini adalah salah satu sebab yang membuatkan aku xberganjak dr tv td (makan nasi pun depan tv td..hehehe).. 

AKU SUKA FILEM NI!!! banyak sebab yg membuatkan aku suka filem ni..sebaba utamanya : hampir semua benda yang aku suka ada dalam cerita ni.. kira satu pakej la... 
  • aku suka photography : heronya jd photographer n cinta photography. byk gambar-gambar yang lawa ada dlm cerita ni.. 

Sid n his Mr Camera..
  • rumah heroinnya yang sangat cute : dia ubah umah flat yg amat-amat errrrkk kepada WHOAAAA!! 

Bila da siap, mmg cantik+comel rumah Aisha ni.. simple but nice..
  • sweet moment : hero buat kek bday heroin ngan roti yg disapu ngan jem n susun bertingkat-tingkat. lilin = mancis..so sweeeeeet... 
'kek' yg sweet..tetiba nampak sgt sedap..
  • office : hero n heorin kerja kat publishing company. it is always one of my dream to work in a publishing company..doing something creative n full with colour...diaorang keje kat ofis yang sgt CUN!!!cam ofis willy wonka..
  • independant : heroinnya travel sorang-sorang g mumbai untuk kejar impian dia sbgai penulis, ada rumah sendiri yg mana dia hensemkan rumah tu ngan kawan-kawan dia (from errrrk to WHOAA!!) n ada kerjaya yg exciting.. 
  • BFF : bunch of BFF who understand you more than your family n they stay right next to you.. 
  • dancing n singing : mcm yang aku cakapkan tadi, filem ni xbyk nyanyi-nyanyi n tari-tari..lagu just kat background je...ada satu part, hero menari, menari ngan macho..huhuhuhu 

Part menari yg macho itu..
  • HERO : hero kenalah ada something baru syok nak tengok...kan kan kan?..x hensem, jambu pun xpe..hehehehehe

Sid yg Jambu..gojes in red
Another Sid yg Jambu

20 March 2012

template baru..yea yea!!

berjaya jugak aku tukar template hari ni...hooyea  \(^O^)/
banzai!! banzai!!
my new template,its perfect~~
boleh tidur lena malam ni n da makin xcited nak buat post baru..
kna start cari material la ni..hehehehe
19 March 2012

Giant's Causeway

Giant's Causeway
Tadi, masa dk tengah laya news on Yahoo, ada la tertengok pasal satu tempat kat Ireland ni...sgt sgt sgt cantik!!  Sekali imbas, cam manusia yg bina tempat tu, but it wasn't human that create it..Semua tu kuasa Tuhan..cantik sgt sgt...Tempat tu diberi nama Giant's Causeway dan dijadikan sebagai fourth greatest natural wonder kat UK. Tempat ini juga telah diisytiharkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1986. Bila tengok gambo tu td, terus nak terbang g sana..huhuhuhu..selain drpd nama Giant's Causeway, ia juga dikenali dengan nama Clochán an Aifir or Clochán na bhFomhórach dalam Irish dan  tha Giant's Causey dalam dialek Ulster-Scots.


Alkisah kejadian tempat ini adalah disebabkan oleh kejadian letusan gunung berapi yang  berlaku 50-60 juta tahun yang lalu. Ada satu part kat kawasan ini yang terbentuk seperti tangga yang terus hilang ke dalam lautan berhampirannya. Kebanyakan column yang membentuk kawasan adalah berbentuk hexagonal walaupun ada juga sesetengah drpdnya mempunyai bentuk dengan 4, 5, 7, dan 8 sisi.






tu lah tangga batu yang aku cakapkn tu...terus hilang dalam lautan....
Column yg berbentuk heksagon

Macam mana formation ini boleh terjadi?..(elok jer benda tu jadi 6 segi)..ceritanya macam ni...bila letusan gunung berapi terjadi, basalt yang cair ni akan mengalir melalui kawasan berkapur dan seterusnya membentuk dataran lava. Bila lava ni menyejuk dengan cepat, contraction akan berlaku. Benda yg sama akan berlaku bila kita tengok lumpur yang mengering dan merekah tu. Makin lama makin ia merekah ke dalam dataran dan menghasilkan bentuk seakan-akan tiang. Saiz 'tiang' tersebut akan ditentukan oleh masa yang diambil oleh lava tersebut untuk menyejuk.


18 March 2012

Tidur ooo tidur

T.I.D.U.R. 


Ramai orang suka tidur tapi adakah mereka tidur untuk kesihatan?..Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, manusia kena tidur 8 jam sehari...sampai sekarang pun aku amalkan. tapi bukan atas kesihatan.hohoho. 


Tadi aku ada tengok satu dokumentari kat TV1 pasal TIDUR. Da tengok tu, bru la aku tahu betapa pentingnya tidur itu. da habis tengok tengok mendalah tu, aku pun terus search kat internet pasal THE IMPORTANCE OF SLEEP..berderu-deru artikel yang keluar pasal topik ni...aku tau korang tak nak baca post yang panjang-panjang (aku pun sama), so, may i present to u, the importance of sleep.. 


1. Tidur baik untuk pembelajaran dan ingatan. Dengan bantuan Encik Tidur, maklumat yang baru diterima oleh Miss Brain akan dapat 'diproses' menjadi ingatan melalui proses Memory Consolidation. Students akan dapat perform better jika dia tidur selepas dia belajar. 


2. Kurang tidur = OBESITI. Penyakit Kurang Tidur yang melampau dapat menyumbang kepada penambahan berat badan. macam mana bleh obes kalo kurang tidur??? Pelik kan...bila kita kurang tidur (tahap melampau ye), ia boleh menjejaskan cara badan kita untuk proses dan simpan karbohidrat yg kita ngap. selain drpd tu, ia juga boleh alter kita punya hormon yang ada sangkut paut dengan SELERA..jawabnya, makin banyak la kita makan.. 


3. Point ni paling penting!!kekurangan tidur boleh menjejaskan keselamatan kita...Satu kajian telah dijalankan di UK pada tahun 2001 dan hasilnya, 20% drpd kemalangan serius yang berlaku di motorways dan monotomous road adalah disebabkan oleh driver fatigue (tertidur la tu..)..satu peratusan yang agak besar~~~


4. Moody. bila tidur tak cukup, kita start la nampak apa yang tak patut kita nampak, xberapa nak sabar dan hilang fokus (ni lah yang jadi kalo semalaman xtidur bila dk kecoh-kecoh siapkan assigment..hehehe). 


5. Penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular juga berkait rapat dengan masalah Sleep Deprivation. BAHAYA tu...Masalah tidur yang serius mempunyai hubungan yang rapat or 'BFF' dengan tekanan darah tinggi, peningkatan dalam stress hormone dan juga denyutan jantung yang tidak sekata. 


6. ia juga boleh menyebabkan perubahan di dalam sistem imun yang mana ia boleh menjejaskan aktiviti killer cell kita dalam melawan benda asing yg menceroboh badan kita.. jangan terkejut tapi dengan tidur yang cukup, ia dapat melawan kancer...hebatkan TIDUR itu....so pakat2 la kita tidur!!!


ps : point-point diatas tu, aku just translate dr apa yang aku baca. artikel ni aku ambik dr harvard medical school yg bertajuk Importance of Sleep : Six reasons not to scrimp on sleep.